Bagaimana boleh menjual lebih banyak kereta? Ukir Target di Batu!


Bagaimana boleh menjual lebih banyak kereta? Ukir Target di Batu!

Tahun baru 2019! Sudahkah anda membuat resolusi Sales (Target Jualan) Tahun Baru anda? Anda perlu membuat matlamat jualan bulanan yang tinggi, tetapi realistik, untuk tahun ini.

Izinkan saya beritahu anda mengapa: Anda akan memdapat lebih banyak wang! Ha, Ha!

Saya ingin memberitahu anda mengenai Cik Nee, wakil jualan automotif di sebuah negara di Indocina. Dia bekerja untuk sebuah syarikat yang menjual kereta jenama Jepun yang popular. Tetapi dia dibuang kerja kerana jualannya yang tidak bagus.

Cik Nee berjanji 5 booking!
Cik Nee berjanji 5 booking!

Kemudian dia menyertai pengedar kereta lain. Saya sempat melatihnya ketika dia menyertai syarikat ini pada bulan September, 2018. Salah satu langkah yang paling penting dalam kejayaan sebagai jurujual adalah ‘Mengukir Target di Batu’. Ia bermakna anda serius untuk mencapainya dan anda bekerja keras setiap hari untuk memperolehnya.

Walaupun dia seorang jurujual baru, dia menetapkan 4 booking setiap bulan sebagai targetnya. Ramai rakan sekerja nya merasa terkejut. Biasanya jurujual baru menetapkan satu atau 2 booking setiap bulan. Pada September, dia memdapat 0 booking. Pada bulan Oktober, 2 booking. Tetapi pada November, 6 booking dan pada bulan Disember, 5 booking! Pencapaian hebat untuk seorang yang diistiharkan tidak pandai menjual!

Dia berjaya kerana dia sangat serius untuk mencapai sasarannya dan dia bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan banyak leads dan prospek. Dia juga berkerja pada hari Sabtu dan Ahad! Untuk Januari, 2019, dia menetapkan targetnya sebagai 5 booking. Anda boleh melihat gambarnya di atas.

Begitu mudah sekali?

Hanya dengan menetapkan target dan anda boleh mencapai matlamat anda? Adakah itu terlalu mudah? Ya! Dan saya mesti menambah, “Anda perlukan KEAZAMAN dan disiplin untuk memperolehnya”.

Bagaimana boleh menjual lebih banyak kereta? Ukir Target di Batu
Ukir Target di Batu

Gambarkan situasi ini: Sekiranya anda berjoging buat kali pertama, anda mungkin akan terengah-engah selepas 300 meter. Anda berhenti. Anda berlari sejauh 200 meter lagi dan anda amat letih. Anda berhenti lagi. Adakah anda akan terus berjoging? Anda akan terus berjoging jika anda telah menetapkan sasaran dan BERAZAM untuk mencapainya. Tetapi anda akan berhenti jika tiada mempunyai sebarang target. Oleh itu, jika anda menetapkan satu km sebagai sasaran anda, anda akan terus berjoging atau berjalan kaki sehingga anda mencapai matlamat anda.

Inilah proses pemikiran Cik Nee:

Cik Nee bertekad berusaha keras untuk mencapai target 5 booking
Cik Nee bertekad berusaha keras untuk mencapai target 5 booking

Apakah Cik Nee akan mencapai 5 booking? Saya percaya 100% dia akan berjaya!

Anda mungkin berminat : 3 Pelajaran Penjualan Kritikal yang harus anda pelajari dari filem Braveheart

Song
Song

Hi, my name is Song. Thanks for visiting hard-knocked-life-coach.com. Please come again!