Terdapat 3 pelajaran tambahan dari video:
Tolong beritahu saya pendapat anda mengenai idea penjualan ini di bahagian ‘Comment’ di bawah.
Transkrip video: Bagaimana mendapat temujanji dengan menggunakan Skrip Jualan Berkesan
Coach, Tom: Hi saya Tom. Video ‘Tukang Masak, Nasi Goreng dan Telur’, yang telah dikongsi, menunjukkan begitu pentingnya Skrip Jualan Berkesan.
Sekarang,saya ingin berkongsi Skrip Jualan Berkesan untuk mendapatkan temujanji melalui telefon, dengan 90% kejayaan.
Perhatikan kesilapan yang dilakukan oleh Sales Advisor ketika cuba membuat temujanji melalui talipon.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Selamat pagi, Super Motor, saya Jinny, boleh saya bantu?
Prospek, En Bob: Hi Jinny, berapa harga dan diskaun untuk model kereta XYZ?
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Boleh saya tahu siapa yang bercakap?
Prospek, En Bob: Saya Bob
Penasihat Jualan, Cik Jinny: En Bob, harga model XYZ adalah 35,000 dan diskaun adalah 1,000.
Prospek, En Bob: Ok, terima kasih, Jinny.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Encik Bob, Boleh kita membuat temujanji?
Prospek, En Bob: (Berfikir) Hmm … mungkin dia akan memaksa saya untuk membeli kereta. Saya rasa takut nak berjumpa.
Saya rasa tidak perlu. Jinny sudah beritahu harga and diskaun.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Boleh beri nombor telefon?
Prospek, En Bob: Begini Cik Jinny, saya akan datang apabila saya free. Bye!
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Encik Bob, tunggu …
(Menangis) Waa … saya gagal mendapat temujanji! … Waaa …
Coach, Tom: Adakah ini pernah berlaku kepada anda? Kita lihat bagaimana Skrip Jualan Berkesan dapat membantu Jinny memdapat temujanji.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Selamat pagi, Super Motor, saya Jinny, boleh saya bantu?
Prospek, Encik Sam: Hai Jinny, berapa harga dan diskaun untuk model kereta XYZ?
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Boleh saya tahu siapa yang bercakap?
Prospek, Encik Sam: Saya Sam
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Encik Sam, harga model XYZ adalah 35,000.
Prospek, Encik Sam: ok, terima kasih Jinny. Berapa banyak diskaun?
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Memang ada tawaran hebat hari ini! Sukar untuk dijelaskan melalui telefon kerana terdapat pelbagai pilihan. Lebih baik kita berjumpa.
Prospek, Encik Sam: (Berfikir) Hmm … mungkin dia akan memaksa saya membeli kereta. Saya rasa takut nak berjumpa.
Saya rasa itu tidak perlu. Saya akan datang ke bilik pameran anda apabila saya free.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Encik Sam, saya faham mengapa anda agak risau nak berjumpa dengan saya. Mungkin takut saya akan memaksa anda untuk membeli.
Prospek, Encik Sam: (Berfikir) Wah, dia tahu apa yang saya fikirkan!!!
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Saya berjanji akan menjelaskan tawaran yang berbeza dan kemudian saya akan pergi.
Prospek, Encik Sam: Oh … Ahh … Ok, kita boleh berjumpa.
Coach, Tom: Ha ha, Kita pun takut nak berjumpa dengan jurujual yang kita tak kenal!
“Saya faham mengapa anda agak risau untuk berjumpa…” adalah Skrip Jualan Berkesan. Ini menunjukkan anda memahami perasaan mereka.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Bagus, Encik Sam! Bolehkah kita bertemu pagi atau petang ini?
Prospek, Encik Sam: Hmm … petang lebih baik.
Coach, Tom: “Bolehkah kita bertemu pagi atau petang ini?” adalah soalan yang tidak dapat dijawab dengan ‘ya’ atau ‘tidak’. Jadi itu juga Skrip Jualan Berkesan.
Ini mendorong prospek untuk bersetuju dengan temujanji dengan memilih pagi atau petang untuk bertemu dengan anda.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Hebat! Mana yang lebih baik, 2:30 atau 3:30?
Prospek, Encik Sam: 2:30 lebih baik.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Encik Sam, nombor telefon anda adalah …?
Prospek, Encik Sam: 123456789
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Dan alamat anda adalah …?
Prospek, Encik Sam: 123 Happy Street.
Penasihat Jualan, Cik Jinny: Ya, saya berjaya!
Coach, Tom: “2:30 atau 3:30?” adalah juga soalan yang tidak dapat dijawab dengan ‘ya’ atau ‘tidak’.
Tetapi mengapa tidak mengatakan, “2 atau 3”? 2 atau 3 bunyi seperti temujanji akan berlangsung selama satu jam.
Tetapi 2:30 atau 3:30 bunyi sepertinya temujanji akan berlangsung hanya 30 minit, jadi lebih senang bagi prospek untuk bersetuju.
Di saluran ini, anda akan mempelajari lebih banyak Skrip Jualan Berkesan yang akan membantu anda menjual lebih banyak kereta. Bye!