Premier site for car salespersons: Proven sales tips for closing every sale!
Premier site for car salespersons: Proven sales tips for closing every sale!

Bagaimana mengatasi bantahan, ‘Saya tak mampu membayar ansuaran bulanan’ dengan menggunakan Skrip Penjualan Berkesan

Cara mengatasi bantahan, “Saya tidak mampu membayar ansuran bulanan” dengan menggunakan Skrip Jualan Berkesan (Power Sales Scripts).

Tonton 4 video yang berbaloi:

1.  Tetap positive dalam krisis, kisah 2 jurujual kasut

2. “Tukang Masak, Nasi Goreng & Telur”

3. Bagaimana mendapat temu janji dengan prospek 100% 

4. “How to sell cars during MCO”

Terdapat 3 pelajaran tambahan dari video ini.

  1. Adakah anda perhatikan Sales Advisor, Cik Angela berkata, “Adakah anda ingin meletakkan deposit tempahan RM500 atau RM1,000?” Dia mengelakkan perkataan ‘bayar’ dan sebaliknya menggunakan perkataan ‘meletakkan’. Perkataan ‘letak’ berbunyi lebih lembut berbanding dengan perkataan ‘bayar’! Belajar dari video ini bagaimana mengatasi bantahan yang paling sukar!

 

  1. Membeli kereta biasanya merupakan keputusan emosi. Sila memujuk prospek membayangkan faedah memiliki produk anda. Contohnya membawa keluarga balik kampong atau bercuti.

 

  1. Sila juga mengingatkan prospek kelebihan memiliki kereta baru. Sales Advisor, Angela berkata, “Dan anda akan mendapat manfaat Keselamatan yang terjamin, keselesaan yang terbaik, dan prestasi yang hebat!”

Belajar bagaimana mengatasi 4 bantahan yang paling sukar. Sila kongsi Skrip Penjualan Berkesan atau Power Sales Scripts yang anda selalu gunakan untuk membuat sales😀

Berikut adalah transkrip video:

Coach: Hai, saya Lisa! Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi seorang Sales Advisor kereta ialah bantahan oleh prospek.

Misalnya, selepas kita memberitahu kepada prospek kos ansuran bulanan, dia mungkin menjawab, “Saya tidak mampu membayar ansuran bulanan.”

Apakah jawaban anda? Sekiranya anda tidak mempunyai skrip penjualan untuk bantahan ini, anda akan kehilangan sale seperti Sales Advisor Cik Angela.

Perbualan di sebuah kedai peniaga kereta

Sales Advisor, Cik Angela: Untuk model Premium, En King, ansuran bulanan adalah RM1,200.

Prospek, En King: RM1,200 sebulan! Oh, saya tidak mampu bayar!

Sales Advisor, Cik Angela:  Er … sekiranya En King dapat menambahkan lebih banyak bayaran pendahuluan, saya yakin ansuran bulanan akan berkurangan.

Prospek, En King:  Maaf, hanya itu yang saya miliki untuk bayaran pendahuluan.

Sales Advisor, Cik Angela:  OK … hmm … jika anda mengambil model Basic dan bukannya model Premium, saya pasti ansuran bulanan akan kurang dari RM1,200.

Prospek, En King:  Tidak … saya telah menaruh hati dengan model Premium yang mempunyai ciri-ciri hebat yang saya perlukan.

Biar saya mengumpul duit dulu. Bye!

Sales Advisor, Cik Angela:  Tunggu … jangan pergi … Waa …

Coach: Kesian Cik Angela! Sila lihat bagaimana Cik Angela dapat selamatkan sale ini. Dia bertemu semula dengan En King di sebuah kafe dan menggunakan teknik closing yang berkesan.

Teknik closing ini “Reduce to the Smallest”, mengurangkan masalah yang kelihatan besar menjadi masalah yang sangat kecil.

Perbualan di sebuah kafe

Sales Advisor, Cik Angela:  Hai En King, dalam pertemuan kita yang lalu, anda mengatakan bahawa ansuran bulanan sebanyak RM1,200 adalah melebihi bajet.

Prospek, En King:  Ya, itu betul.

Sales Advisor, Cik Angela:  Saya faham. Boleh saya tahu berapa bajet anda?

Prospek, En King:  Bajet saya adalah RM900 sebulan.

Sales Advisor, Cik Angela:  Jadi ada perbezaan RM300?

Prospek, En King:  Ya, itu betul.

Coach: Dengan hanya satu soalan, “Berapa bajet bulanan anda?”, masalah En King dikurangkan dari RM1,200 menjadi hanya RM300!

Sales Advisor, Cik Angela:  En King, saya yakin anda bersetuju bahawa dengan hanya RM300 tambahan, anda akan mendapat semua ciri-ciri dan kelebihan hebat model Premium?

Prospek, En King:  … Hmm …

Sales Advisor, Cik Angela:  Dan anda akan menikmati keselamatan yang terjamin, keselesaan yang terbaik, dan prestasi yang hebat!

Prospek, En King, memikirkan memiliki kereta dengan kelebihan ini: (1) keselamatan yang terjamin, (2) keselesaan yang terbaik, dan (3) prestasi yang hebat!

Sales Advisor, Cik Angela:  Bayangkan begitu seronoknya ketika memandu kereta baru ini bersama keluarga!

Prospek, En King, membayangkan memandu kereta baru bersama keluarganya.

Sales Advisor, Cik Angela:  Sebenarnya, setiap hari, hanya ada perbezaan RM10. Hanya RM10 sehari! Dan anda mendapat kereta serba baru!

Prospek, En King, membayangkan memandu bersama keluarganya untuk balik kampong!

Coach: Jadi sekarang, masalah RM1,200 telah dikurangkan menjadi RM10, satu masalah yang sangat kecil!

Sales Advisor, Cik Angela:  Lagi pun, RM10 tidak dapat membeli secawan kopi di Starbucks!

Prospek, En King: Ha, ha, itu memeng benar.

Sales Advisor, Cik Angela:  Sekarang, En King, anda lebih suka warna putih atau warna perak?

Prospek, En King: Saya lebih suka warna putih.

Sales Advisor, Cik Angela:  Adakah anda ingin meletakkan deposit tempahan sebanyak RM500 atau RM1,000?

Prospek, En King: RM500.

Cik Angela meraikan kejayaannya!

Coach: Dengan mengurangkan masalah RM1,200 kepada hanya RM10, En King merasa yakin untuk membeli sebuah kereta baru! Teknik closing ‘Reduce to the Smallest’ menggunakan Skrip Penualan Berkesan!

Soalan2 “Anda lebih suka warna putih atau warna perak?” dan “Adakah anda mahu meletakkan deposit RM500 atau RM1,000?” adalah Skrip Penjualan Berkesan kerana tidak dapat dijawab dengan ‘ya’ atau ‘tidak’.

BYE!